Sunday, December 26, 2010

Umno: Hidup segan, mati tak mahu?


Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, Model Baru Politik (MBP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno baru-baru ini, tiba pada tepat pada masanya demi survival parti dan agenda perjuangannya.

NONEUmno, katanya, perlu berubah supaya lebih terbuka dan inklusif, dan model baru politik ini menjadi wadah bagi perubahan yang diperlukan serta diperincikan supaya dapat diamal oleh semua anggota parti.

Model berkenaan yang membawa tema "Umno Dahulukan Rakyat" mengutamakan kepentingan rakyat dalam perjuangan Umno, sekali gus menolak 'lagu-lagu lama' seperti 'politik pembangunan' yang dilihat sudah kurang menarik kepada rakyat.

Pinda perlembagaan

Langkah pertama sudahpun dilaksanakan iaitu meminda perlembagaan parti supaya tidak hanya sebahagian anggota yang berkuasa membuat pilihan kepimpinan parti, tetapi keanggotaan yang lebih besar boleh memilih pemimpin mereka.

umno agm muhyiddin opening 191010Pindaan yang dibuat kini membolehkan lebih 400,000 anggota layak memilih Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden serta anggota Majlis Tertinggi berbanding hanya 2,500 anggota perwakilan ke Persidangan Agung Umno sebelum ini.

Najib pernah berkata Umno harus berubah mengikut peredaran masa dan zaman kerana masyarakat sekarang menolak parti yang sudah berjasa kepada mereka kerana mereka melihat parti berkenaan masih dengan keadaan lama, tidak dinamik dan kaku.

Untuk memastikan Umno 'tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan', Najib yang serius mahu melakukan perubahan pada parti, juga menggariskan beberapa langkah menanganinya seperti yang dinyatakan dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2010 Oktober lalu.

NONEPemulihan itu harus melalui tiga fasa, iaitu memperakui kelemahan dan masalah, bermuhasabah dan mencari penawar mustajab, serta memulakan gerak kerja.

Tujuh perkara pula telah digariskannya, iaitu meletakkan parti lebih tinggi daripada peribadi, memperkuatkan pasukan bukannya kumpulan, memenangi hati rakyat, menjuarai media baru, sasar pengundi muda, sifar masalah dalaman dan mendahulukan rakyat.



Mahu berita selanjutnya ? klik link ini : http://www.malaysiakini.com/news/151692

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...